Saturday 27 April 2013

adakah Islam hanya di IC ?



Ramai orang telah berpuas hati dengan mengakui menganut Islam. Persoalan yang kita perlu fikirkan, apakah telah memadai dengan pengakuan sahaja? Jawapannya, apabila kita menganut Deen Islam tidaklah memadai dengan pengakuan sahaja tanpa memenuhi tuntutan-tuntutannya.

Ramai juga orang yang menganggap bahawa apabila ibubapa mereka Islam maka mereka pun terus menjadi Islam sebenar walau pun tidak melaksanakan hak-haknya. Sesungguhnya, Islam itu bukanlah suatu warisan. Juga, Al-Quran bukanlah suatu warisan daripada Rasulullah SAW semata-mata. Al Qur’an merupakan kitab Allah SWT yang diturunkan kepada Rasulullah SAW untuk difahami dan dijadikan panduan hidup ummat manusia.
Ramai juga orang yang memeluk Islam seperti suatu hobi atau suatu fesyen yang mempamerkan diri secara zahir sahaja melalui pakaian atau beberapa amal ibadah seperti solah.
Menurut Asy-Syahid Dr. Abdul Qadir ‘Audah di dalam kitabnya, Al-Islam Wa Audha’una as-Siyasiyyah, bahawa semua orang Islam di dunia ini mengaku beragama Islam dan kebanyakan mereka berbangga dengan nama tersebut. Tetapi dukacita sekali kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat Islam yang sebenarnya. Islam tidak ada hubungan dengan hati mereka meskipun ada hubungan dengan tutur kata mereka.

Kejahilan dengan Islam telah membawa mereka jauh daripada hukum-hukum Islam .Mereka menolak hukum-hakamnya menyebabkan berlaku keruntuhan umat Islam itu sendiri.

Sebenarnya lslam adalah satu sistem hidup pilihan Allah SWT Ini telah ditegaskan oleh Allah SWT,:


“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang diberi Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat HisabNya.“ (Surah ali ‘Imran ayat 19)

Islam adalah deen (peraturan hidup) yang ditentukan Allah SWT. Allah SWT yang menjaga kepentingan Islam. Manusia yang menerima Islam bererti mengambil Allah SWT sebagai Ilah dan Rabb. Dia tidak mempunyai pilihan lain melainkan mesti melahirkan Islam dalam praktik kehidupan meliputi semua lapangan hidup
Manusia yang menolak Islam bererti menolak Allah SWT sebagai Ilah. Bermakna, dia telah memindahkan Ilahnya daripada Allah SWT kepada yang lain, berkemungkinan hawa nafsu atau pemikiran atau perasaan atau syaitan serta kuncu-kuncunya.

Sesungguhnya apabila seseorang memeluk Islam, dia mestilah menganut Islam sepenuhnya, iaitu dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Apa sahaja yang dilakukannya samada berfikir, bercakap dan bertindak mestilah mengikut cara Islam. Begitu juga, daripada urusan peribadi hinggalah urusan pemerintahan mestilah mengikut cara Islam. Dengan kata lain, semua tingkahlakunya hendaklah tidak terkeluar daripada Islam. Apabila seseorang memeluk Islam, dia mestilah berpegang teguh dengannya dalam apa keadaan sekali pun. Rasulullah SAW pernah menggambarkan bahawa di akhir zaman seorang muslim mesti berpegang dengan sunnah baginda walau pun hingga terpaksa menggigitnya dengan geraham sampai mati.

Tugas kita saat ini adalah besar dan penting. Kita perlu memenangkan Islam dalam setiap masa dan tindakan. Kita perlu berkeyakinan penuh bahawa Islam mempunyai masa depan yang cemerlang. Masa depan adalah untuk Islam, bukan untuk sistem hidup yang lain.

Siapakah Yang Akan Menyambut Seruan Kesedaran?

Manusia yang menerima Islam mestilah menyesuaikan diri dengan Islam. Adalah suatu kesilapan bagi orang yang menyesuaikan Islam dengan kehendak dirinya. Atau dia mengambil Islam sebagai tempelan-tempelan sahaja dan tidak mengambil Islam sebagai suatu cara hidup yang syamil dan kamil.


Hati yang sedar dan insaf mula mencari hati-hati yang turut merasai hakikat yang sama. Mereka akan berhubung dan berkumpul untuk membentuk suatu kehidupan yang diredhai Allah SWT. Inilah tindakan hati-hati yang beriman. Allah SWT mengetahui segala rahsia hati. Mereka berkumpul semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT. Mereka gugurkan segala tujuan yang lain. Seperti perhimpunan rahsia di rumah Arqam Bin Abi Arqam.

InsyaAllah, kita yakin, di sana sini masih ada insan yang ikhlas dan merasai keperluan untuk bertindak segera. Mereka perlu dikumpulkan dan dibimbing agar keikhlasan mereka berada di bawah telunjuk syara’. Begitu juga kembali kepada Allah SWT mestilah mengikut cara yang betul dan diredhaiNya. Kembali menjadi hamba kepada Allah SWT.

Justeru itu mari kita melayakkan diri kita menjadi salah seorang duta dan da’i agama ini. Kita perlu keluar mencari jiwa-jiwa yang merasai kehilangan Rahmat Allah SWT dan yang mencari serta ingin menyahut seruan Allah SWT Fitrah Insaniah untuk kembali kepada fungsi tauhid sebenar sememangnya ada. Ada yang sanggup melalui proses, ada yang sedang melalui proses dan ada yang telah melalui proses. Ada juga yang lambat melaui proses. Proses apa? Proses tarbiyah islamiyyah.

Juga ditegaskan bahawa da’i perlu mencari dan mengumpulkan hati-hati yang merasai kehilangan Rahmat Allah SWT. Hati-hati yang merasai kehilangan neraca syara’ dalam praktik hidup umat sekarang. Hati-hati yang ingin kembali kepada hakikat hidup yang memperhambakan diri hanya kepada Allah SWT dalam setiap bidang.
Al Marhum Datok Kaya Bakti Ustaz Dahlan Md Zain, seorang murabbi, da'i, pemimpin dakwah Islam di Malaysia ada berkata,: ”Hati-hati ini perlu diasuh agar menyedari kehilangan Islam sebagai ad-Deen. Umat Islam bukanlah kehilangan ekonomi Islam, politik Islam atau pembangunan Islam sahaja. Umat juga bukan kehilangan masjid dan rumah-rumah ibadat. Umat sebenarnya kehilangan pokok, bukan ranting-ranting. Umat kehilangan rumah, bukan bahagian-bahagian rumah. Juga, umat bukan kehilangan kuantiti tetapi kehilangan kualiti yang ingin mengambil Islam sebagai ad-Deen.”
Kata al marhum lagi,; ”Hati-hati ini perlu diasuh agar memahami bahawa penyakit sedang menyerang umat dan merosakkan ‘aqidah umat. Tauhid pada hati-hati umat semakin futur atau tidak berfungsi dengan betul. Hati-hati ini perlu diasuh agar menyedari bahawa segala tindakan berpunca dari permasalahan aqidah yang mesti dirongkai terlebih dahulu. Juga, memahami makna dan fungsi Iman sebenar agar tindakan yang lahir selaras dengan tuntutan Iman. Iman kepada Allah SWT adalah pemancar. Dari pemancar ini lahirlah kerja-kerja Islam. Da’i atau murabbi perlu memahami bahawa `mukmin’ adalah natijah yang lahir daripada tarbiyah yang menekankan keimanan kepada Allah SWT. Terdapat perbezaan antara tarbiyah dan natijah tarbiyah.”
Wajib mengikuti jalan Rasulullah SAW

Bagaimana kita hendak bermula? Islam tidak akan lahir semula melainkan dengan mengikuti jalan yang asal. Jalan yang asal ialah jalan yang telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW yang dibimbing oleh Allah SWT. Kita mesti faham dan yakin kepada jalan Rabbani ini. Ia dirancang oleh Pencipta Deen itu sendiri. Kita tidak berhak untuk membuat sebarang pindaan terhadap cara (uslub)nya. Kita hanya wajib untuk mematuhi dan mengikut jalan-jalan yang telah dianjurkan itu.

Kita mestilah bermula dengan langkah yang telah di mulakan oleh Rasulullah SAW. Jalan tarbiyyah yang kita perlu ikuti ialah jalan tarbiyyah Rasulullah SAW. Tarbiyyah Islamiyyah memerlukan hati-hati yang menyerah sepenuhnya untuk dididik. Hati-hati yang tidak diserahkan sepenuhnya kepada tarbiyyah Islamiyyah tidak akan berkesan dengan sempurna. Ini kerana hati-hati itu sedang mengalami penyakit-penyakit hati seperti sombong, takabbur, riya’ dan sebagainya.

Begitu juga, Islam sebagai deen bukanlah boleh diwujudkan dalam praktik hidup secara kebetulan tetapi ia adalah satu natijah (hasilan) daripada tarbiyyah (pendidikan). Tarbiyyah yang dirancang, direncana dan disusun dengan rapi serta berhati-hati dan melalui ransangan-ransangan serta bimbingan-bimbingan yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang Islam dalam pemikiran, aqidah, akhlaq, jiwanya dan segala tindakan.
Sesungguhnya setiap sistem memerlukan rijal-rijal (pejuang-pejuang). Marilah kita menyahut panggilan untuk menjadi pejuang-pejuang Deen Islam, bukan pejuang-pejuang taghut (menolak sistem Islam). Allah SWT akan membantu orang yang membantu Deen-Nya, insyaAllah.

Thursday 25 April 2013

asalammualaikum semue
kawan , abng , kakak , mak cik , pak cik ,
saye x tau , tapi yg pastinya
HIDAYAH jugak tidak datng bergolek jika
kita tidak mencari dgan sengaja atau pon tadak
seperti pergi ke tempat yg baik
melihat pekara yg baik
menyebut , mmbuat , menyentuh benda2 yg baik .

anda selalu mencarik kesalahan orang lain , sedangkan diri andai sendri sanggat benci , bile orang lain menyalahkn diri anda sendiri . bila disalahkn mngkin anda marah , dan yang cuma kite pikirkn hanya perkataan yg bermula dari TER .... sedangkan Allah SWT x pernah pandang kite dgan cara TER ...
Kita sebagai umah ISLAM harus lah sedar yg Allah SWT sentiasa memerhatikan kite .
tidak semestinya yg baik itu tiada buruk nya , dan yg buruk tiada baik nya . denggan izin Allah SWT
anda akan kejalan yg benar jika kta diangap hina di pandagan orang

Tuesday 6 December 2011

SIFAT-SIFAT SEORANG MUSLIM


SIFAT-SIFAT SEORANG MUSLIM

                  Dalam pertemuan yang lalu kita telah membuat ‘check-list’ adakah aqidah kita selama ini benar-benar aqidah seorang Islam, dan kita telahpun lulus kesemua ciri-cirinya. Kali ini kita akan menilai adakah akhlak kita selama ini akhlak seorang Muslim. Antara ciri-cirinya adalah:

1. WARAK- Saya mestilah seorang yang warak iaitu tidak melakukan perkara-perkara yang haram, berusaha untuk tinggalkan perkara-perkara yang makruh dan menjauhi perkara-perkara syubhat (perkara-perkara kesamaran iaitu yang kita kurang jelas adakah perkara itu halal ataupun haram. Ada orang kata boleh dan ada orang kata tak boleh)

2. MENUNDUKKAN PANDANGAN- Saya mestilah berusaha untuk tidak melihat perkara-perkara yang haram dan juga perkara-perkara yang mempengaruhi saya untuk mencintai keduniaan

3. PELIHARA LIDAH- Saya mestilah memelihara lidah saya daripada mengumpat orang, menjadikan orang lain sebagai bahan ejekan, melawak berlebih-lebihan, bercakap kasar (kalau pada wanita akan lebih ketara), mencaci, menghina, tertawa kuat, rajin nak komen orang lain dan seumpamanya.

Pesan Nabi saw:
      “Orang yang beriman itu bukanlah orang yang suka menuduh, suka melaknat, suka cakap yang kotor-kotor dan keji.”
(Turmizi)

      Satu cara mudah untuk menjauhi perkara-perkara ini adalah dengan mengelakkan daripada berkawan baik dengan orang-orang sebegitu. Pilihlah teman yang baik-baik.
      Golongan yang rajin komen orang lain ini agak bahaya. (* Dia suka mempertikaikan tindakan orang lain untuk menunjukkan pemikirannya adalah lebih baik dan perlu diberi   perhatian.)
      Ini tidak bermaksud kita tidak boleh bergurau, tetapi biarlah gurauan kita itu berpada-pada/ tidak melampaui batas dan kena pada tempatnya. Nabi Muhammad sendiri bergurau.

      Contoh: Seorang wanita beritahu Nabi tentang hal suaminya begini dan begini. Kemudian kata Nabi (* dalam bahasa pasar orang Melayu): “Ooo… suami kamu yang mata dia ada putih-putih tu kan?” Wanita itu terkejut lalu berkata: “Eh, mana ada. Mata suami saya biasa je macam mata orang lain.” Jawab Nabi: “Betul le tu. Kan ke mata setiap manusia mesti ada bahagian yang putih.” Mereka pun tersenyum

      Contoh 2: Nabi Muhammad danm Saidina Ali makan beberapa biji buah kurma. Apabila habis, Nabi Muhammad meletakkan biji-biji bahagiannya di tempat biji-biji yang dimakan oleh Saidina Ali. Kemudian kata Nabi (* dalam bahasa pasar kita): “Ish ish ish Ali! Engkau makan sebegitu punya banyak kurma. Tengok, berapa banyak biji yang ada kat depan engkau.” Saidina Ali yang bijak membalas gurauan Rasulullah dengan berkata: “Tapi, engkau lagi dahsyat ya Rasulullah. Tengok, dengan biji-biji sekali engkau makan (kerana di depan Rasulullah dah tak ada biji kurma lagi).”

      Contoh 3: Rasulullah hendak menaikkan seorang wanita ke atas unta sebagai kenderaan (*kalau tak silap Saidatina Aisyah). Kata Nabi (dalam bahasa pasar kita): “Aku nak naikkan engkau ke atas anak unta.” Jawab wanita itu: “Mana boleh naik anak unta. Tentulah saya kena naik unta dewasa.”         Balas Nabi: “Betul le tu. Kan ke unta dewasa tu pun anak kepada seekor unta jugak dulu.”

4. MALU- Saya mestilah seorang yang pemalu dan malu saya itu biarlah kena dengan tempatnya. Janganlah malu kita itu menjadi penghalang daripada kita berdakwah, daripada beramar makruf nahi mungkar.  Nabi Muhammad sendiri sangat pemalu. Dikatakan baginda lebih pemalu daripada anak dara di sebalik tirai tetapi dia tidak malu untuk berdakwah. Hari ini sifat malu telah banyak hilang daripada manusia terutamanya para wanita.

5. BERSOPAN & SABAR- Saya mestilah seorang yang sopan, lemah-lembut dan sabar. Ini kerana jalan dakwah ini penuh dengan ranjau-ranjau seperti tidak disukai orang, susah, hina, tindasan, fitnah dan sebagainya tetapi kita beringatlah… bahawa itulah jalan yang telah ditempuh oleh para rasul, para nabi, para aulia (para wali Allah) dan para solehin. Kalau kita hendak sentiasa hidup senang, maka jadilah kita seperti Firaun yang kaya raya, makan sedap, tak pernah sakit dan sebagainya. (*Jalan mana yang kita nak pilih?)

Maksud firman Tuhan:       “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Surah Az-Zumar: 10).
      Namun begitu sabar kita biarlah bertempat. Janganlah sampai kita dipijak kepala tetapi masih lagi bersabar. Sebagaimana kata Imam Syafie: “Sesiapa yang orang membuatnya marah tetapi dia masih tak marah, maka orang itu seperti kaldai.” Maksudnya marah kita biarlah sesuai dengan tempat. Jangan pula kita tidak sabar, hinggakan hal-hal yang kecil pun nak marah.

      Bersabar dan bersopan ini biasanya orang boleh buat ketika senang saja. Ketika dalam kepayahan,            hilang semua itu dan timbul pula sifat tak sabar dan kasar. Kalau kita nak uji seseorang itu betul-betul sabar dan bersopan atau tidak, maka lihat keadaannya ketika dalam kepayahan seperti mendaki        gunung, buat kerja berat, dalam kesusahan dan seumpamanya. Semasa senang dan selesa, bolehlah dia menunjukkan sikap sabar dan sopannya, tetapi ketika susah, bolehkah dia mengekalkan sifat-sifat itu?

6. BENAR & JUJUR- Saya mestilah sentiasa benar dan bersikap jujur. Sekali orang tak percaya dengan kita, maka susahlah kita hendak mendapatkan kepercayaan orang di lain kali. Sebab itu berwaspadalah dengan fitnah, kerana fitnah orang boleh menmyebabkan orang lain hilang kepercayaan kepada kita.

Pesan Nabi:
      “Sesungguhnya sifat benar itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa ke syurga.” (Bukhari & Muslim)
      Contoh: Kisah seorang gembala yang bergurau kononnya ada harimau-serigala datang nak makan             ternakannya. Maka orang kampung tergesa-gesa datang hendak mengusir harimau itu. Rupa-rupanya si gembala menipu dengan tujuan hendak mengenakan orang kampung. Balasannya, pada masa yang lain memang benar ada harimau datang. Si gembala menjerit minta bantuan orang kampung tetapi mereka tak datang lagi kerana anggap si gembala menipu seperti dahulu.
      Lihatlah kejujuran Nabi Muhammad hinggakan digelar Al-Amin iaitu seorang yang sangat terpercaya kerana tidak pernah berdusta. Apabila baginda promosikan dakwahnya, maka orang-orang Quraisy sukar untuk menolak kerana mereka yakin Nabi Muhammad tak pernah menipu. Dalam keadaan begitupun masih banyak orang Mekah yang tak mahu beriman dengan baginda. Bayangkan kalau kita yang bukan Al Amin ini, tentulah lagi sukar untuk dipercayai orang. Seandainya Nabi Muhammad bukan Al Amin, maka tentulah dakwahnya tidak akan berjaya.

7. TAWADUK- Saya mestilah bersikap tawaduk iaitu merendah diri. Rendah diri saya itu mestilah sesuai dengan tempatnya hinggakan saya boleh bergaul dengan orang atasan dan boleh juga bergaul baik dengan orang bawahan. Apabila berbicara dengan orang kampung, janganlah kita gunakan laras bahasa orang atasan seperti bercakap dengan professor. Ini tak lain tujuannya nak menunjukkan yang kita ini hebat. Jangan bersikap begitu. Elakkan diri daripada bersikap bangga diri, tinggi diri dan takbur. Lihat contoh Iblis. Asalnya dia ratusan atau ribuan tahun beribadah kepada Tuhan (kita berapa tahun beribadah kepada Tuhan) hinggakan doanya lebih makbul daripada doa para malaikat. Tetapi kerana sikapnya yang meninggi diri iaitu tidak mahu sujud kepada Nabi Adam (kerana menganggap dirinya yang dicipta daripada api jauh lebih mulia berbanding Adam yang dicipta daripada tanah) maka dia diusir daripada syurga, dilaknat selama-lamanya dan akan kekal dalam neraka. Hanya sebab itu sahaja. Maka kita berwaspada agar tidak terkena penyakit ini.

Pesan Nabi:
      “Tak akan masuk syurga orang yang ada sebesar atom sifat takbur dalam dirinya.” (Muslim)
8. JAUHKAN SIFAT BURUK SANGKA, MENGUMPAT & MENCARI-CARI KESALAHAN ORANG LAIN. Contoh: Kalau ada kawan kita tak tepati janji, kita bersangka baik dulu. Boleh jadi dia ada masalah yang tak boleh dielakkan. Jangan suka mengorek rahsia keburukan orang lain untuk dibuat bahan sedapkan cerita.

9. PEMURAH- Saya mestilah tidak kedekut untuk mengeluarkan sebahagian daripada harta dan wang saya untuk agama. Kita tak akan mampu mengikut jejak para sahabat dari segi pengorbanan, tapi janganlah kita tak berkorban langsung. Segala pengorbanan kita akan dibayar oleh Tuhan dengan mata wang, tetapi mata wang ini belum laku di dunia. Ia hanya akan laku apabila kita tiba di akhirat kelak.

Contoh: Kisah Saidina Umar cuba nak lawan Saidina Abu Bakar dari segi korban harta.          Pernah satu ketika umat Islam perlukan harta untuk peperangan. Maka Saidina Umar bawa separuh daripada hartanya untuk didermakan. Dia beranggapan dapat mengalahkan Saidina Abu Bakar, tetapi Abu Bakar rupanya mengeluarkan seluruh hartanya. Begitulah pengorbanan para sahabat.

10. KUDWAH HASANAH (Jadi contoh/ model yang baik)- Saya mestilah berusaha untuk menjadikan diri saya ikutan yang baik kepada orang lain. Saya mestilah menjaga pertuturan saya, akhlak saya, makan minum saya, cara saya berpakaian, kerja saya dan sebagainya sama ada dalam keadaan senang ataupun ketika kesusahan. (*Orang menilai daripada penampilan kita. Kalau penampilan kita baik, maka orang lebih mudah menerima dakwah kita). Kalau orang lihat kita pun orang dah tak berminat,   bagaimana hendak berdakwah. (*Jadikan diri kita seorang yang menarik, tapi dalam batas-batas Islam dengan tujuan kerana dakwah)
      Satu cara mudah untuk menilai diri kita ialah dengan membayangkan ada seorang ulama berdiri di sebelah kanan kita dan ada pula seorang artis Hollywood di sebelah kiri kita. Nilai diri sendiri, kita lebih menyerupai siapa? Yang di sebelah kanan atau di sebelah kiri?